Sarawak mengunjurkan impak ekonomi keseluruhan bernilai RM2.2 bilion bagi sektor acara perniagaan menjelang tahun 2030.<br /><br />Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perkara itu dipacu oleh sasaran sebanyak 1,245 penganjuran acara perniagaan dalam tempoh tersebut.<br /><br />Acara berkenaan turut mengambil kira terhadap elemen kesan legasi (legacy impact) dan kelestarian sebagai keutamaan pelbagai sektor.